PENGUMPULAN JAWAPAN BAGI SOALAN :
Bincangkan gagasan pemikiran Tun Seri
Lanang (Sulalatus Salatin), Raja Ali Haji (Bustan Al-Katibin) Dan Mohd Rashid
Md Idris (Teori Falsafah Bahasa).
JAWAPAN 1:
Raja Ali Haji merupakan penulis berbakat
pada zamannya. Sumbangan beliau dalam bidang bahasa persuratan, sejarah dan
agama telah menjadi bahan kajian sarjana dan orientalis. Antara beberapa karya
beliau yang penting ialah sebuah karya berjudul Bustanul-Katibin Lissubyanil,
Muta’alimi atau dalam bahasa Melayu, Kitab Perkebunan Jurutulis bagi
kanak-kanak yang baru hendak mempelajarinya. Hasilnya merupakan karya kritis
mengenai nahu bahasa Melayu. Buku ini dikarang oleh beliau pada 20 Syaaban 1273
bersamaan 15 April 1857. Buku ini diusahakan dengan menggunakan cap batu di
Penyegat. Karya ini diulas dan diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda oleh Van
Ronkel dalam Tijdschrift Voor Indische Taal Land.en Volkenkunde pada tahun
1901.
Buku yang terdiri daripada 10 pasal utama ini dimulai dengan sebuah
huraian mukadimah yang menjelaskan tentang kaitan antara bahasa dengan adat,
adab, dan budi pekerti. Selain itu, tajuk pemikiran Raja Ali Haji dalam
mukadimah berkisar seputar fadhilat (keutamaan) ilmu dan akal untuk menjaga dan
meningkatkan kualiti moral dan menjadi insan Kamil sebagaimana yang telah
diperintahkan oleh Allah. Dalam mukadimah, Raja Ali Haji juga mensyaratkan
kepada pembaca dalam memahami buku ini untuk memiliki lima perkara iaitu
Al-Himmah (kesungguhan), Al- Mudarasah (analisi), Al-Muhafazah (penghafalan).
Al-Mudzakarah (kajian lebih lanjut) dan Al-Muthala’ah (kajian lebih mendalam).
Sepuluh pasal yang disusun oleh Raja Ali Haji dalam kitab ini berisi kaedah,
prinsip, dan tata cara penulisan bahasa Melayu dalam aksara Jawi yang
disesuaikan dengan tatabahasa (Nahu dan Saraf) dalam bahasa Arab.
Bustanul al-Katibin diakui sebagai karya awal mengenai tatabahasa bahasa
Melayu yang dihasilkan oleh pengarang dari Nusantara sehingga membolehkan
pembaca mempelajari pelbagai aspek struktur bahasa pada peringkat awal
pembinaannya lagi. Tujuan Raja Ali Haji menghasilkan kitab ini adalah untuk
menyebarkan ilmu bahasa dan ilmu tulisan, menghasilkan buku tatabahasa bahasa
Melayu serta menerapkan hukum bahasa. Bustan al-Katibin juga mengandungi
perbincangan kepentingan mempelajari bahasa dan huraiannya dalam konteks
tatabahasa luas dan mendalam.
JAWAPAN 2:
GUGUSAN PEMIKIRAN RAJA ALI HAJI (BUSTAN AL – KATIBIN)
Raja Ali Haji merupakan salah seorang ulama terkemuka di Alam
Melayu dalam mempertahankan tradisi Islam dan Melayu.Beliau menerapkan prinsip
– prinsip ajaran agama yang diyakini dan dianutnya ke dalam karyanya sebagai
hujah dan panduan yang akan mengawal generasi berikutnya dalam mengharungi
kehidupan sebagai manusia. Hashim Musa menegaskan bahawa Raja Ali Haji adalah
peletak asas pengajian bahasa Melayu pada tempat sebenar iaitu alat untuk
memperoleh ilmu yang benar yang akan membawa kepada keyakinan dan ketaqwaan.
Berdasarkan falsafah dan pegangan demikian akan lahir manusia Melayu yang
beradab sopan, berakal, berbudi bahasa mulia dan berilmu tinggi. Buktinya
bahasa Melayu telah mengalami proses Islamisasi. Tegas beliau dalam Bustan
al-Katibin (halaman 3) :
“…adab dan sopan itu daripada tutur kata
juga asalnya, kemudian baharulah pada kelakuan. Bermula apabila berkehendak
kepada menunturkan ‘ilmu atau berkata-kata yang beradab dan sopan, tak dapat
tiada mengetahuilah dahulu ‘ilmu yang dua itu, iaitu ‘ilmu wa al-kalam
(pengetahuan dan pertuturan).”
Berdasarkan
kepada falsafah dan pegangan demikian terhadap peranan dan kedudukan bahasa
dalam usaha melahirkan seorang manusia Melayu yang beradab sopan, berakal dan
berbudi bahasa yang mulia, dan berilmu tinggi, maka Raja Ali Haji menghasilkan
karya Bustan al-Katibin ini. Mengikut Raja Ali Haji, keturunan
dan pangkat yang tinggi tanpa ilmu yang sahih, akal budi yang luhur, dan adab
sopan yang mulia, menjadi sia-sia belaka. Oleh hal yang demikian, dalam
bahagian Mukadimah Bustan Al-Katibin, beliau telah menerangkan
dahulu kelebihan-kelebihan ilmu dan akal untuk meletakkan perspektif dan tujuan
sebenar dalam pembelajaran bahasa.
Dalam Bustan Al – Katibin, Raja Ali Haji menulis dan
membakukan tatabahasa Melayu dalam Bustan Al –Katibin dan menumpukan jati diri
bangsa Melayu dalam buku tersebut. Hal ini juga dipertegaskan oleh beliau dalam
muqaddimah Bustan Al – Katibin iaitu mengenai kelebihan ilmu dan akal untuk
meletakkan perfektif dan tujuan dalam pembelajaran bahasa. Sebagai orang yang
mahir dalam bahasa Arab, Raja Ali Haji amat mengetahui pentingnya fungsi bahasa
dalam penyampaian misi – misi Islam kepada umat.
Raja Ali haji sangat terkenal dalam bidang bahasa. Beliau telah
menghasilkan Bustan al- Katibin pada tahun 1850. Bustan al-Katibin membawa
maksud Taman Pujangga-pujangga. Bustan al- katibin merupakan buku tatabahasa
Melayu. Buku ini dimulakan dengan pendahuluan, 30 Fasal dan penutupnya.
Mukadimah atau pendahuluan Bustan Al Katibin menjelaskan kelebihan ilmu dan
akal manakala bahagian isi yang terdiri daripada 30 pasal dapat dibahagikan
kepada 3 kelompok iaitu tata ejaan, pembahasan kelas kata dan analisis kalimat.
Tata ejaan dimuatkan dalam fasal 1 hingga fasal yang ke 10.
Bustanul
al-Katibin diakui sebagai karya awal mengenai tatabahasa bahasa Melayu yang
dihasilkan oleh pengarang dari Nusantara sehingga membolehkan pembaca
mempelajari pelbagai aspek struktur bahasa pada peringkat awal pembinaannya
lagi. Tujuan Raja Ali Haji menghasilkan kitab ini adalah untuk menyebarkan ilmu
bahasa dan ilmu tulisan, menghasilkan buku tatabahasa bahasa Melayu serta
menerapkan hukum bahasa. Bustan al-Katibin juga mengandungi perbincangan
kepentingan mempelajari bahasa dan huraiannya dalam konteks tatabahasa luas dan
mendalam.
Kitab terbabit turut mengandungi perbincangan mengenai aspek ilmu yang
terkandung dalam bahasa Melayu, selain pengajaran Raja Ali Haji dalam ilmu dan
akal yang bukan sahaja sesuai untuk pembacaan pada zamannya, bahkan masih lagi
bermanfaat untuk diketahui serta dikaji oleh sarjana dan pembaca kini. Raja Ali
Haji turut mengemukakan 10 adab berguru yang wajar dijadikan ikutan dan teladan
kepada pelajar, sekali gus dianggap menjadi peringatan yang berguna kepada
mereka yang sedang menuntut ilmu.
Oleh itu, semasa beliau menghuraikan tentang bahasa Melayu, terlebih dahulu
beliau telah menghuraikan secara terperinci adab dan syarat menuntut ilmu,
iaitu merupakan asas kepada psikologi pendidikan yang mampu melahirkan seorang
Melayu yang bukan sahaja fasih bercakap tetapi juga boleh bercakap dengan budi
bahasa dan adab sopan yang mulia. Penyemaian adab dalam diri seseorang
merupakan proses pendidikan yang dapat membawa kepada disiplin jasad, akal dan
unsur kerohaniannya yang seterusnya akan membolehkan seseorang itu mencari,
memperoleh, dan mengamalkan ilmu yang benar.
GUGUSAN PEMIKIRAN TUN SERI LANANG (SULALATUS SALATIN)
Mengikut sejarah, Tun Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja,
Johor antara tahun 1580 dan 1615, serta penyunting Sejarah Melayu (buku,
1612) yang merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu.Dalam
pengetahuan orang-orang Melayu, nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai
salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf
dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah). Tun Seri
Lanang dilantik sebagai uleebalang Samalanga yang pertama yang terletak di
pesisir timur Aceh pada tahun 1613 dan terus memerintah selama 40 tahun
sehingga kematiannya pada tahun 1659 di Samalanga, Aceh.
Kehebatan Tun Seri Lanang adalah kemahiran mengarang, mengolah dan
menulis dengan teliti. Sekiranya dikaji, hanya bangsa Melayu sahaja yang
mempunyai sejarah tentang kehidupan bangsanya masa lalu iaitu Sejarah Melayu
karya Tun Seri Lanang. Sejarah sepatutnya bukan hanya dikenang atau diikuti,
tetapi diteladani apa yang baik dijadikan teladan, manakala yang buruk di
jadikan sempadan. Inilah yang tersurat dan juga yang tersirat dalam tulisan
yang dipaparkan oleh Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu.
Pengaruh Penyair Usman Awang yang sering membaca dan
mengkaji Sejarah Melayu tulisan Tun Seri Lanang mendapat idea
dan terkesan dengan cara penulisannya. Beliau menulis sajak Melayu Johor hasil
dan pengaruh daripada pembacaan Sejarah Melayu tulisan Tun
Seri Lanang.
Kehebatan Tun Seri Lanang adalah kekuatan daya renung, memahami
sistem politik dan budaya tradisional pada masa itu dan menerapkan dalam
tulisan untuk tatapan generasi masa depan iaitu masa kini. Beliau juga memahami
kewibawaan (atau keesahan) kuasa dalam kehidupan istana dan juga kehidupan
rakyat jelata. Sebagai penulis beliau dilindungi oleh pihak istana dan mereka
yang mempunyai kuasa. Kajian mendapati, kesarjanaan Melayu dimulakan oleh tokoh
seperti Tun Seri Lanang, Hamzah Fansuri, Munshi Abdullah, Mereka ini adalah
pelopor dalam persuratan Melayu sejak zaman silam hingga abad ke 20 ini.
Memahami manusia Melayu sejak dari Sejarah Melayu terpancar
akal budinya, mengikut alur perasaan dan keindahannya. Ia boleh dijadikan
landasan dalam bidang politik, budaya, sosial, ekonomi, sejarah dan juga
pendidikan. Justeru, terdapat beberapa persoalan dalam kehidupan bangsa Melayu
pada zaman silam yang kini berulang kembali dalam kehidupan masa kini.
Membaca Sejarah Melayu seharusnya dijadikan landasan pemikiran
politik dan sosial serta tatacara kehidupan masa kini. Peta sastera Melayu
Nusantara adalah bertapak dan berasal daripada Sejarah Melayu.
Seorang pengarang seperti Tun Seri Lanang, menulis sejarah
bangsanya, maka dipilihnya generasi sejarah, yang juga digolongkan sebagai sastera
yang melakarkan perjalanan kerajaan, pergerakan bangsa, peristiwa dan watak
penting dalam karya-karya beliau. Dia menjadikan Sejarah Melayu sebagai
hasil sastera dan sejarah yang bernilai sebagai khazanah bangsa yang sangat
indah bahasa dan penceritaannya.
GUGUSAN PEMIKIRAN MOHD RASHID MD IDRIS (TEORI FALSAFAH BAHASA)
Mohd Rashid Md Idris dalam tesisnya Ph.D
beliau (2007) telah mengemukakan sebuah model yang diberi nama “Teori
Falsafah Bahasa.” Pada umumnya memperlihatkan
hubungan erat antara bahasa dengan pemikiran penuturnya. Mohd Rashid Md
Idris & Abu Hassan Abdul (2010 : 17) menyatakan bahawa dalam teori ini
terdapat kesempurnaan berbahasa. Kesempurnaan berbahasa dapat dicapai melalui
penggunaan alat – alat pertuturan kurniaan Allah dengan cara yang betul serta
menekankn komunikasi secara holistik yang dapat memberikan gambaran keseluruhan
kehidupan orang Melayu merangkumi bahasa, budaya dan agama.Prinsip kesempurnaan
berbahasa ini mengetengahkan tiga prinsip asas bagi memastikan fungsi bahasa dimanfaat
secara maksimum.
Pertama, keperluan berbahasa menurut nahu bahasa yang betul; kedua,
keperluan berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang betul dan benar; dan
ketiga, kewajaran berbahasa untuk tujuan ibadah. Berdasarkan
aplikasi teori ini juga, nilai kebijaksanaan Melayu dapat dilihat.
Misalnya dalam pantun, kebijaksanaan Melayu dapat dilihat dalam hampir semua
kegiatan hidup mereka.
Hal ini dirakamkan dalam tujuh kategori nilai kebijaksanaan mereka,
iaitu ketika mendidik; ketika menguji minda; ketika berinteraksi sesama
pemantun; ketika berinteraksi dengan alam; ketika bekerja; ketika memimpin;
ketika berubat; dan termasuk ketika berhibur. Turut dibuktikan adalah tingkat
kebijaksanaan orang Melayu. Umumnya, individu yang memiliki tingkat kebijaksanaan
yang lebih tinggi dianggap mempunyai kelebihan untukmendapat sanjungan dan
kedudukan lebih tinggi dalam masyarakatnya.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa ketiga – tiga tokoh ini mempuyai
gugusan pemikiran yang bijaksana dan nilai yang tinggi dalam penulisan karya
agung agar kandungan dalam karya – karya ini boleh menjadi pedoman dan
pengajaran kepada seseorang untuk menimba ilmu pengetahuan.
JAWAPAN 3:
Tun Seri Lanang merupakan pengarang hikayat
Melayu yang bertajuk Sulalatus Salatin. Berdasarkan Sulalatus Salatin, dapat
disimpulkan bahawa gagasan pemikiran Tun Seri Lanang lebih ke arah sosial dan
kebudayaan yang merujuk kepada pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Kitab
Sulalatus Salatin menjadi antara sumber rujukan utama yang bersifat primer tentang
sejarah masyarakat dan kebudayaan Melayu awal. Dengan itu Sejarah Melayu boleh
digunakan untuk menyusun sejarah kemasyarakatan. Hal ini adalah kerana karya
ini memberi gambaran yang jelas tentang cara hidup penduduk Melaka pada abad
ke-15 M. (Liaw Yock Fang: 214-215) dalam Seri Lanang Jaya et.al (2013). Sejarah
Melayu dapat dikatakan sebagai sumber penting dalam menyusun sejarah
kemasyarakatan Melayu.
Pengarang
Bustam Al-Katibin iaitu Raja Ali Haji
mempunyai pemikiran yang berbeza dengan Tun Seri Lanang. Berdasarkan Hikayat
Bustam Al-Katibin, gagasan pemikiran Raja Ali Haji lebih bercorak keilmuan.
dalam karyanya itu, beliau lebih menekankan tentang bahasa dengan adat, adab,
dan budi pekerti. Bustanul al-Katibin diakui sebagai karya awal mengenai
tatabahasa bahasa Melayu yang dihasilkan oleh pengarang dari Nusantara sehingga
membolehkan pembaca mempelajari pelbagai aspek struktur bahasa pada peringkat
awal pembinaannya lagi. Tujuan Raja Ali Haji menghasilkan kitab ini adalah
untuk menyebarkan ilmu bahasa dan ilmu tulisan, menghasilkan buku tatabahasa
bahasa Melayu serta menerapkan hukum bahasa. Bustan al-Katibin juga mengandungi
perbincangan kepentingan mempelajari bahasa dan huraiannya dalam konteks
tatabahasa luas dan mendalam. Sumbangan beliau dalam bidang bahasa persuratan,
sejarah dan agama telah menjadi bahan kajian sarjana dan orientalis.
Mohd Rashid
Md Idris merupakan individu yang mendukung teori falsafah bahasa. Gagasan
pemikiran beliau boleh dikatakan kreatif sekali. Hal ini demikian kerana, pada
pendapat saya teori yang dikemukakan oleh beliau menunjukkan bahawa bahasa itu
mesra pengguna. Buktinya Md Rashid Md Idris menyatakan bahawa bahasa sebagai
alat atau kenderaan yang mendukung dan menyampaikan maksud. Penyataan tersebut
memberi gambaran bahawa terdapat hubungan erat antara bahasa dan penuturnya.
JAWAPAN 4:
Gagasan Pemikiran Mohd Rashid Md
Idris dalam Teori Falsafah Bahasa
Teori Falsafah Bahasa diasaskan oleh
Mohd Rashid Md Idris yang mengetengahkan satu bentuk rajah iaitu bulatan, anak
panah (dua hala) dan garisan putus-putus beserta dengan huraian berkaitan
rajah. Teori ini dihasilkan gandingan Teori Relatif dan Teori Kenuranian
Bahasa. Gabungan teori-teori ini mewujudkan satu titik pertemuan antara
pemikiran barat dengan pemikiran Islam kemudian daripada kesepaduan teori-teori
ini lahirlah Teori Falsafah Bahasa. Dalam teori ini, kesempurnaan kegiatan
berbahasa dapat dicapai dengan mengambil kira tiga prinsip iaitu berbahasa
mengikut nahunya, berbahasa untuk menyampaikan maklumat dan yang terakhir ialah
berbahasa bertujuan ibadat atau mentauhidkan Allah. Prinsip yang pertama, kita
haruslah berbahasa mengikut nahunya agar maksud yang hendak disampaikan
mencapai objektifnya. Prinsip yang kedua, berbahasa untuk menyampaikan maklumat
atau fakta yang betul dan benar.
Bentuk bulatan
menggambarkan perlunya kita berbahasa secara sempurna atau (komprehensif) bukan
sahaja dari segi nahunya, namun kesempurnaan juga perlu meliputi aspek makna
dan tujuannya. Bentuk ini turut menggambarkan peranan bahasa yang dapat
memberikan gambaran keseluruhan tentang kehidupan orang Melayu manakala bulat
juga menggambarkan agama orang Melayu yakni Islam yang perlu diamalkan secara
menyeluruh dan bukan sekadar mengambil sebahagiannya sahaja. Kitaran hidup
manusia jika dilihat dari segi budaya ibarat sebuah roda yang ada ketikanya
manusia berada di atas dan ada masanya mereka berada di bawah. Begitu juga
dengan kitaran usia manusia yang mana mereka bermula daripada keadaan tidak
mengetahui apa-apa seterusnya mengetahui banyak perkara namun akhirnya kembali
kepada keadaan tidak mengetahui apabila seseorang itu telah nyanyuk. Jelasnya
disini, bentuk bulatan merupakan lambang kepada kehidupan manusia.
Rajah anak panah (dua
hala) menunjukkan hubungan langsung (tersurat) antara penutur dan pendengar
(hubungan sesama manusia). Dalam hal ini, antara mereka akan berlakunya keadaan
saling menghantar maklumat dan maklum balas supaya kegiatan berbahasa itu aktif
dan memenuhi keperluan bersama. Garisan putus-putus pula menunjukkan wujudnya
hubungan secara abstrak (tersirat) antara manusia dengan Allah selaku Pencipta.
Dalam hubungan ini, Allah telah menganugerahkan banyak perkara kepada
hamba-Nya. Antara anugerah terbesar yang diberikan oleh Allah ialah kejadian
diri manusia itu sendiri (Allah menciptakan Adam dan anak juga adalah anugerah
Allah) sehinggakan manusia itu dapat mengecap kenikmatan dunia, anugerah akal
untuk berfikir dan anugerah bahasa (alat-alat pertuturan dan Allah mengajarkan
nama-nama kepada Adam).
Kesimpulannya,
Teori Falsafah Bahasa (Mohd Rashid Md Idris, 2012) cuba mengetengahkan suatu
situasi yang lebih jelas tentang perlunya seseorang itu menggunakan alat-alat
artikulasi yang dikurniakan Allah dengan betul. Prinsip Kesempurnaan Berbahasa
(Mohd Rashid Md Idris, 2012) dapat dilaksanakan dengan mengambil kira-kira tiga
prinsip asas, iaitu :
1) Berbahasa mengikut nahunya agar
maksud yang hendak disampaikan itu mencapai objektifnya.
- Proses komunikasi perlu mengikut nahu
yang betul agar maklumat yang hendak disampaikan itu mencapai objektifnya.
Setiap perkataan perlu disusun dalam bentuk ayat yang sempurna dan memberi
maknasebelum ia diucapkan mahupun ditulis. Penggunaan perkataan yang difahami
umum juga sangat penting supaya pendengar dapat mentafsir makna dengan betul.
2) Berbahasa untuk
menyampaikan maklumat atau fakta yang betul dan benar.
- Berdasarkan prinsip ini, seseorang
perlulah menggunakan bahasa bagi menyampaikan fakta yang betul dan benar.
Seseorang yang hendak menyampaikan maklumat tidah boleh hanya berlandaskan
kepercayaan dan emosi semata-mata tetapi hendaklah berlandaskan sumber-sumber
yang sahih dan boleh dipercayai.
3) Berbahasa untuk tujuan ibadah
atau mentauhidkan Allah.
- Terdapat pelbagai cara untuk kita
beribadat kepada Allah S.W.T misalnya solat, puasa dan zakat malah melakukan
pekerjaan yang baik juga berdasarkan niat kerana Allah juga merupakan ibadat.
Berbahasa juga merupakan salah satu cara untuk beribadah apabila kita berbahasa
untuk menyampaikan kebaikan.
JAWAPAN 5:
1. Tun Seri Lanang
(Sulalatus Salatin)
Tun Seri Lanang
dilahirkan pada 1565 di Bukit Seluyut, Kota Tinggi, Johor. Nama sebenarnya
ialah Tun Muhammad. Tun Seri Lanang mula mengarang karya Sulalatus Salatin bermula
pada tahun 1612 dan lebih terkenal sebagai pengarang dan penyusun Sejarah
Melayu disamping jawatannya sebagai Bendahara Kerajaan Johor. Sebuah
naskah diserah kepadanya, iaitu Hikayat Melayu yang kemudian
diberi nama Sulalat al-Salatin. Naskah Hikayat Melayu yang
ditugaskan kepada Tun Seri Lanang untuk diperbaiki oleh Raja Abdullah adalah
naskah yang mengandungi peradaban melayu seluruhnya. Sulalat al-Salatin juga
dikenali sebagai Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin.
Karya Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) ini
terisi di dalamnya pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan
Campa. Ia adalah suatu karya yang banyak menceritakan tentang sejarah
bangsa-bangsa di Nusantara dan diperakui kekayaan isi cerita di dalamnya.
Pelbagai peristiwa yang kini dilabelkan sebagai sejarah bangsa Melayu termuat
di dalam hasil pengarangan ini termasuklah yang berunsurkan salasilah
raja-raja, kisah kepahlawanan, sejarah, humor atau jenaka, kisah-kisah cinta
dan kasih sayang, kisah yang berunsur magis dan sebagainya.
2. Raja Ali Haji (Bustan
al-Katibin)
Nama sebenar
pengarang Bustan al-Katibin ialah raja Ali Haji bin Raja Ahmad Haji. Beliau
dilahirkan di Penyengat, Riau pada tahun 1809. Bustan al--Katibin terdiri
daripada 10 fasal utama ini dimulai dengan sebuah huraian mukadimah yang
menjelaskan tentang kaitan antara bahasa dengan adat, adab, dan budi pekerti.
Selain itu, pemikiran Raja Ali Haji dalam mukadimah berkisar seputar fadhilat
(keutamaan) ilmu dan akal untuk menjaga dan meningkatkan kualiti moral dan
menjadi insan Kamil sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah. Sepuluh
fasal yang disusun oleh Raja Ali Haji dalam kitab ini berisi kaedah, prinsip,
dan tata cara penulisan bahasa Melayu dalam aksara Jawi yang disesuaikan dengan
tatabahasa (Nahu dan Saraf) dalam bahasa Arab.
Bustan al-Katibin diakui sebagai karya awal mengenai tatabahasa
bahasa Melayu yang dihasilkan oleh pengarang dari Nusantara sehingga
membolehkan pembaca mempelajari pelbagai aspek struktur bahasa pada peringkat
awal pembinaannya lagi. Tujuan Raja Ali Haji menghasilkan kitab ini adalah
untuk menyebarkan ilmu bahasa dan ilmu tulisan, menghasilkan buku tatabahasa
bahasa Melayu serta menerapkan hukum bahasa. Bustan al-Katibin juga mengandungi
perbincangan kepentingan mempelajari bahasa dan huraiannya dalam konteks
tatabahasa luas dan mendalam.
3. Mohd Rashid Md Idris
(Teori Falsafah Bahasa)
Model Falsafah Bahasa
dikemukakan oleh Mohd Rashid bin Md. Idris dalam tesis ph.D beliau pada tahun
2007 berdasarkan perbincangan mengenai padanan Teori Relatif dengan Teori
Kenuranian. Ringkasan dapatan Teori Relatif yang dikemukakan oleh Edward Sapir
(1884-1939) dan Benjamin Whorf (1897-1941) ialah bahasa berperanan dalam
mempengaruhi pemikiran dan cara hidup individu masyarakat penuturnya. Dapatan
teori ini menjadi asas kepada Model Falsafah Bahasa. Model Falsafah Bahasa ini
boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu bentuk bulatan, anak panah
dan garisan putus. Bentuk bulatan menggambarkan perlunya kita berbahsa secara
sempurna (komprehensif) bukan sahaja dari segi nahunya, namun kesempurnaan juga
perlu meliputi aspek makna dan tujuannya. Anak panah pula menunjukkan wujudnya
hubungan langsung (tersurat) antara penutur dengan pendengar (hubungan sesama
manusia). Garisan putus pula menunjukkan wujudnya hubungan secara abstrak
(tersirat) antara manusia dengan Allah selaku Pencipta.
JAWAPAN 6:
Falsafah Bahasa merupakan gabungan Teori Relatif dengan Teori Kenuranian
Bahasa yang telah diperkenalkan oleh Mohd Rashid Md Idris dalam tesis ph.D
beliau pada tahun 2007. Dapatan daripada teori ini ialah potensi berbahasa
adalah kurniaan Allah. (Mohd Rashid Md Idris, 2010: 15). Model
ini terdapat tiga pecahan utama iaitu bulatan, anak panah, dan garisan
putus-putus. Bentuk bulatan menggambarkan perlunya kita berbahasa secara
sempurna mengikut nahu, makna, dan tujuan. Ketiga-tiga aspek ini adalah selaras
prinsip kesempurnaan berbahasa iaitu berbahasa mengikut nahu yang betul,
berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang benar, dan berbahasa untuk tujuan
ibadah. Segala ujaran itu mestilah dalam konteks yang mudah untuk difahami,
disenangi oleh pendengar, dan bertujuan baik selaras dengan tuntutan syarak.
Bentuk bulatan ini secara tidak langsung turut menggambarkan peranan bahasa
yang menggambarkan keseluruhan kehidupan orang Melayu termasuklah dalam
mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan mereka sepenuhnya. Kitaran budaya
dan usia juga diibaratkan seperti roda yang adakalanya di atas dan adakalanya
di bawah.
Rajah
anak panah dua hala menggambarkan hubungan langsung (tersurat) antara antara
penutur dengan pendengar. Dalam konteks ini, akan berlakunya satu keadaan
saling menghantar maklumat dan maklum balas supaya kegiatan berbahasa itu aktif
dan memenuhi keperluan bersama. Keadaan ini selaras dengan prinsip kesempurnaan
berbahasa yang kedua iaitu berbahasa untuk menyampaikan maklumat. Lumrahnya,
seorang manusia perlu berkomunikasi antara satu sama lain untuk berhubung bagi
mendapatkan maklumat. Pelbagai cara manusia berkomunikasi. Ada yang secara
verbal dan ada yang secara non-verbal.
Garisan
putus-putus dalam rajah menerangkan wujudnya hubungan secara abstrak (tersirat)
antara manusia dengan Allah selaku Pencipta. Dalam hubungan ini, Allah
telah menganugerahkan banyak perkara kepada makhluk-Nya. Keadaan ini
termasuklah kejadian asal diri manusia itu sendiri. Dalam konteks ini, Allah turut
menganugerahkan akal kepada manusia untuk berfikir dalam menentukan sama ada
mereka memilih untuk menjadi manusia yang baik ataupun sebaliknya.
Alat-alat pertuturan yang diberikan kepada manusia merupakan satu pinjaman yang
amat berharga untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Manusia
berkomunikasi bukan sahaja sesama mereka tetapi juga dengan Yang Maha Pencipta
iaitu melalui amalan ibadah yang dilakukan. Keadaan ini selaras dengan prinsip
kesempurnaan berbahasa yang ketiga iaitu berbahasa untuk beribadah atau
mentauhidkan Allah.
Khazanah persuratan Melayu kaya dengan
karya ilmu dalam pelbagai bidang. Dalam zaman klasik, ilmu yang paling menonjol
ialah ilmu agama Islam. Hal ini dapat difahami kerana apabila permulaan Islam
diperkenalkan kepada umat Melayu, diperlukan pengembangan ajaran Islam dalam
segala sudut yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan akhirat bangsa Melayu,
selaras dengan kesepaduan yang ditekankan oleh Islam, iaitu hubungan dengan
Tuhan (hablum min Allah) dan hubungan dengan sesama manusia dan bahkan makhluk
lain (hablum min al-nas). Oleh itu, terhasillah beberapa banyak karya
persuratan dalam bidang ilmu keagamaan.
Secara kasar, ilmu keagamaan yang dikembangkan
dalam penulisan para ulama’ terbahagi kepada:
1. Ilmu kalam atau tauhid atau akidah.
2. Ilmu feqah atau ibadat seperti solat, puasa, zakat, haji.
3. Ilmu kekeluargaan (munakahat).
4. Ilmu hubungan ekonomi dan sosial (muamalat).
5. Ilmu undang-undang dan pengadilan (jinayat).
6. Ilmu tasawuf atau akhlak.
JAWAPAN
7:
Gagasan
Pemikiran Tun Sri Lanang
Tun Muhammad atau nama
timang-timangannya Tun Sri Lanang mula mengarang karyaSulalatus Salatin bermula
pada tahun 1612 dan lebih terkenal sebagai pengarang dan penyusun Sejarah
Melayu disamping jawatannya sebagai Bendahara Kerajaan Johor. Beliau disifatkan
sebgai seorang yang kreatif, berpengetahuan luas dalam aspek penggunaan gaya
bahasa dan penulisan, peraturan dan adat istiadat Melayu. Karya terunggul
beliau ini berkait rapat dengan Sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan karya
tersebut seringkali dijadikan rujukan sejarah bagi mengkaji peradaban Tamadun
Islam Beraja. Karya Sulalatus Salatin yang merangkumi pelbagai aspek
penceritaan menjadikan ianya sebagai sumber rujukan utama tentang kebudayaan
dan ketamadunan masyarakat Melayu awal. melihat kepada gagasan pemikiran
beliau, Tun Sri Lanang menerapkn pemikarannya mengenai ketaatan,waad, keadilan
dan pemikiran keberanian. sebagai contohnya, pemikiran beliau terhadap
waad,Dalam konsep waad, dengan jelas menetapkan bahawa golongan rakyat
dikehendaki taat setia dan patuh kepada raja, walaupun raja bersikap zalim dan
kejam. Ini secara tidak langsung mewujudkan suatu konsep lain iaitu konsep
"daulat". "tulah” serta konsep "derhaka". Konsep
daulat, tulah, dan derhaka merupakan aspek panting yang mendasari konsep negeri
beraja. Dalam Sulalatus Salatin ada menyebut kisah penderhakaan terhadap raja
oleh rakyat jelata. Peristiwa penderhakaan pertama dilakukan oleh Sang Rajuna
Tapa yang berpunca dari Raja Iskandar Syah, iaitu raja Singapura yang terakhir
telah termakan fitnah oleh gundik raja yang lain. Raja Iskandar Syah telah
menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.
Gagasan Pemikiran Raja Ali
haji.
Bustan al-Katibin merupakan
sebuah karya paling awal tentang bahasa Melayu yang disusun oleh seorang
ilmuwan dan budayawan Melayu ulung, Raja Ali Haji. Kitab ini selesai dikarang
pada 15 September 1850.Raja Ali Haji menekankan bahawa perkara paling utama
yang harus dipelajari oleh orang Melayu tentang bahasanya ialah ilmu yang
terkandung di dalamnya, kerana bahasa padanya ialah alat dalam sistem pemikiran
yang digunakan secara kreatif oleh manusia untuk mencapai ilmu yang benar
tentang alam ciptaan Allah. Dengan mengikuti adab dan syarat menuntut ilmu,
pembelajaran bahasa Melayu mampu melahirkan penutur yang bukan sahaja fasih
bercakap tetapi bercakap dengan budi bahasa dan adab sopan yang mutlak dengan
ilmu yang sahih dan benar.
Gagasan Pemikiran Mohd Rashid Md
Idris.
Dalam falsafah bahasa ini, terdapat satu gagasan teori yang
dikaji oleh Mohd Rashid Md Idris, iatu teori falsafah bahasa yang menggabungkan
dua teori lain. Teori yang dimaksudkan adalah teori relatif dan teori
kenuranian bahasa. Menurut beliau, manusia mempunyai bahasa dan dapat berfikir
tetapi binatang tidak, kecuali dalam bentuk yang amat primitif dan erat hubungannya
dengan naluri binatang tersebut. Beliau menegaskan bahawa manusia dianugerahi
Allah S.W.T dengan bahasa dan akal semata-mata untuk mengangkat martabat
manusia sebagai makhluk ciptaan yang sebaik-baik kejadian. Oleh yang demikian,
beliau menggunakan kerelevanan idea tersebut untuk menggabungkan kedua-dua
teori tersebut kerana berpendapat kedua-dua unsur tersebut tidak boleh
difikirkan secara terpisah
JAWAPAN
8:
Gagasan
pemikiran Raja Ali Haji adalah lebih ke arah keislaman. Beliau mempunyai beberapa
kelebihan sendiri terutama dari aspek pengkaryaan dengan menghasilkan sekitar
14 karya, bidang penulisan, pemikir dan konsep Islamisme dalam penulisan.
Menurut Prof. Datuk Dr. Abu Hassan Sham (1998), landasan keislaman ini banyak
dipengaruhi oleh latar belakang keluarga dan system pendidikan Islam
tradisional yang diterima dari beberapa guru dan ulama di Riau serta pendidikan
informal dari keluarganya merupakan landasan penting kepada proses berfikir
Raja Ali Haji. Bustan al-Katibin merupakan Kitab Perkebunan Jurutulis bagi
Kanak-kanak yang Hendak Belajar. Karya tersebut adalah karya tulisan pertama
yang menyentuh berkenaan dengan bahasa Melayu. Tulisan dalam karya ini
menggunakan skrip tulisan jawi atau arab yang berbentuk khat jenis nasyta’lik. Dalam
karya tersebut dimuatkan bersama 30 Fasal. Fasal-fasal tersebut telah
dibahagikan kepada enam topik. Antara topiknya adalah membincangkan tentang
peraturan ejaan jawi bahasa Melayu, huraian tentang kelas kata, unit-unit
tatabahasa yang terdiri daripada ayat atau klausa, frasa dan perkataan, binaan
sintaksis dan prinsip dan peraturan menyusun perkataan dalam membuat karangan.
Gagasan pemikiran Tun Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin adalah karya yang
menceritakan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dikatakan dibawa dari Goa.
Antara gagasan pemikiran yang ingin disampaikan oleh Tun Seri Lanang adalah
seperti sifat ketaatan yang diamalkan terlalu keterlaluan dan terlalu
mengagung-agungkan sultan biarpun tindakan sultan tersebut adalah salah dan melampau.
Seterusnya adalah berkenaan waad atau dikenali sebagai daulat pada masa kini.
Waad ini dilihat sebagai suatu kontrak atau perjanjian di antara golongan
pemerintah dan rakyat. Terdapat pelbagai perjanjian yang bertimbal balik.
Contohnya, rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja dan raja juga tidak boleh
menzalimi rakyat. Rakyat tidak boleh menderhaka dan perlu taat kepada raja.
Perjanjian ini dapat membuatkan rakyat tunduk patuh kepada raja dan sekiranya
tidak patuh, mereka akan ditimpa bencana. Seterusnya adalah gagasan pemikiran
mengenai keadilan. Dalam kitab ini, tidak banyak yang ditonjolkan mengenai
sikap raja yang adil.
Gagasan pemikiran Mohd. Rashid Md. Idris dalam Teori Falsafah Bahasa. Teori
Falsafah Bahasa adalah merupakan teori yang diasaskan melalui dapatan Teori
Relatif yang dikemukakan oleh Edward Sapir (1884-1939) dan Benjamin Whorf
(1897-1941) dalam Mohd Rashid Md Idris (2007), ialah bahasa berperanan dalam
mempengaruhi pemikiran dan cara hidup individu dan masyarakat penuturnya.
Gagasan pemikiran ini diperkemaskan dengan kemasukan dapatan Teori Kenuranian
Bahasa. Rumusan dapatan daripada teori ini ialah potensi berbahasa adalah
kurnian Allah. Gagasan pemikiran ini menggambarkan perlunya kita berbahasa
secara sempurna bukan sahaja dari segi nahunya, namun kesempurnaan juga perlu
meliputi aspek makna dan tujuannya. Segala ujaran juga turut haruslah
bersesuaian dengan tuntutan syarak sekaligus mempamerkan gambaran kehidupan
masyarakat Melayu. Teori Falsafah Bahasa menitikberatkan tujuan berbahasa
adalah untuk menyampaikan maklumat yang benar dan betul. Selari dengan firman
allah S.W.T iaitu yang dipetik oleh Mohd Rashid Md Idris (2012:70) yang
bermaksud:
“wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu
kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar.”
(Surah Al-Ahzab:33:70)
JAWAPAN
9:
Tun
Sri Lanang
Tun Sri Lanang
merupakan tokoh kesusasteraan yang terulung pada suatu ketika dahulu. Karya
teragung beliau ialah Sulalatus Salatin memuatkan pemikiran beliau yang kreatif
sejajar dengan kehidupan pada zaman tersebut.Antara falsafah yang ditonjolkan
dalam karya beliau ialah:
1. Ketaatan
Dalam Hikayat
Hang Tuah, Hang Tuah menunjukkan ketaatan kepada sultan sehingga rela
menerima hukuman bunuh dari sultan setelah difitnah berkelakuan sumbang dengan
dayang. Hang Tuah rela dihukum biarpun beliau tidak bersalah.Baginda Paduka
Raja dikatakan taat kepada sultan malah akur dan tidak memprotes apabila
anaknya Tun Besar, dibunuh oleh anak sultan kerana bola sepak raganya terkena destar
anaknda sultan lalu terjatuh ke tanah.
2. Waad
Dalam konsep
waad, dengan jelas menetapkan bahawa
golongan rakyat dikehendaki taat setia dan patuh kepada raja, walaupun raja
bersikap zalim dan kejam. Ini
secara tidak langsung mewujudkan suatu konsep lain iaitu konsep
"daulat". "tulah” serta konsep "derhaka".
Konsep daulat, tulah, dan derhaka merupakan aspek panting yang mendasari konsep
negeri beraja.Dalam Sulalatus Salatin ada menyebut kisah penderhakaan terhadap
raja oleh rakyat jelata. Peristiwa penderhakaan pertama dilakukan oleh Sang
Rajuna Tapa yang berpunca dari Raja Iskandar Syah, iaitu raja Singapura yang
terakhir telah termakan fitnah oleh gundik raja yang lain. Raja Iskandar Syah
telah menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa apabila anak perempuan
Raja Ali Haji
Dalam karya Bustan
Al-khatibin lebih melihat kepada aspek bahasa atau nahu dan bukannya
cerita-cerita sejarah seperti Tuhfat al-Naffis. Bahagian yang paling besar
tentang karya ini terdiri daripada Mukadimah diikuti oleh 31 Fasal atau perkara
mauduk dan disimpulkan oleh tiga pesan atau nasihat yang ingin disampaikan oleh
beliau. Dalam sebahagian besar kitab ini bukan sahaja memperkatakan analisis
ilmu bahasa tentang bahasa tersebut, tetapi menekankan juga perkara-perkara
seperti nilai ilmu pengetahuan. Bahagian pengenalannaya, banyak diselang
selikan dengan ungkapan-ungkapan Arab yang diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu. Hal ini jela menunjukkan bentuk dan dianjurkan dan digunakan oleh
beliau terutamanya dalam menulis warkah kiriman.
Mohd Rashid Md
Idris (Teori Falsafah Bahasa)
Dalam falsafah
bahasa ini, terdapat satu gagasan teori yang dikaji oleh Mohd Rashid Md Idris,
iaitu teori falsafah bahasa. Model ini cuba mengetengahkan suatu situasi yang
lebih jelas tentang perlunya seseorang itu menggunakan alat-alat artikulasi
(alat-alat pertuturan) yang dikurniai oleh Allah dengan cara yang betul.
Kesempurnaan kegiatan berbahasa dapat dilaksanakan dengan mengambil kira tiga
prinsip asas iaitu (i) berbahasa mengikut nahunya agar maksud yang ingin
disampaikan itu tercapai objektifnya, (ii) berbahasa untuk menyampaikan
maklumat atau fakta yang betul dan benar, dan (iii) berbahasa untuk tujuan
ibadah atau mentauhidkan Allah. Dengan cara itu, kita telah melakukan
perkara-perkara yang terbaik dalam urusan berbahasa.
JAWAPAN
10:
Pemikiran
Tun Sri Lanang dalam Sulalatus Salatin
Penulisan
Tun Sri Lanang tentang Sejarah Melayu ini antara lainnya menggambarkan
kehidupan masyarakat Melayu pada zaman dahulu kala yang boleh menjadi contoh
dan teladan buat masyarakat Melayu pada hari ini. Bukti keagungan masyarakat
Melayu sejak dahulu menjadi warisan kepada masyarakat hari ini melalui
hasil-hasil karya seperti Sulalatus Salatin, Hang Tuah dan sebagainya. Hal ini
terbukti apabila terciptanya ratusan puisi, drama, filem, lukisan, dan karya
sejarah yang tercetus hasil daripada karya Sulalatus Salatin serta dapat juga
dilihat banyak yang diterjemahkan ke dalam bahasa lain seperti bahasa Inggeris,
Russia dan Jerman.
Pemikiran
Raja Ali Haji dalam Bustan Al-Katibin
Bustan
Al-Katibin yang ditulis oleh Raja Ali Haji merupakan kitab pertama yang
dihasilkan oleh orang tempatan yang menghuraikan bahasa Melayu. Kandungan kitab
ini bukan sahaja meliputi aspek tatabahasa tetapi juga meliputi falsafah
tentang pengajian terhadap bahasa Melayu, iaitu dari sudut agama Islam. Dalam
Bustan Al-Katibin, Raja Ali Haji telah menghuraikan falsafah terhadap pengajian
bahasa dalam bahagian Mukadimah buku tersebut. Raja Ali Haji menyatakan kaitan
yang erat antara kebolehan berbahasa dan adab sopan yang mulia dengan ilmu yang
tinggi dalam bahagian mukadimah. Hubungan pemikiran Raja Ali Haji yang tidak
lari dari pembicaraan tentang agama Islam adalah disebabkan oleh beliau
berkesempatan tinggal selama setahun di tanah suci dan beliau memperdalam
pengetahuannya dalam agama Islam dan bahasa Arab.
Pemikiran
Mohd Rashid Md Idris dalam Teori Falsafah Bahasa
Pemikiran
Mohd Rashid Md Idris dalam Teori Falsafah Bahasa Melayu menyatakan bahasa
sebagai alat atau kenderaan yang mendukung dan menyampaikan maksud. Selain itu,
bahasa juga boleh dilihat sebagai fenomena sosial yang menghubungkan seorang
individu dengan individu yang lain dan satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.
Dalam Model Falsafah Bahasa ini, model ini dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu
bentuk bulatan, anak panah dan garisan putus-putus. Kesempurnaan dalam
berbahasa dapat dilaksanakan dengan mengambil kira tiga prinsip asas, iaitu
yang pertama adalah berbahasa mengikut nahu supaya maksud yang hendak
disampaikan mencapai objektifnya, yang kedua pula adalah berbahasa untuk
menyampaikan maklumat atau fakta yang betul dan benar dan yang terakhir adalah
berbahasa untuk tujuan ibadah ataupun mentauhidkan Allah. Budaya dan bahasa
tidak dapat dipisahkan malahan menjadi bingkai untuk melihat pemikiran sesebuah
masyarakat untuk berkomunikasi. Tambahan pula, kelangsungan hidup sesuatu
bahasa sangat dipengaruhi oleh aturan yang terjadi dalam masyarakat penuturnya.
Dengan ini, budaya yang ada di sekeliling bahasa tersebut akan turut terikut
menentukan wajah dari bahasa tersebut. Selain itu, bahasa dan budaya juga
merupakan dua sistem yang melekat pada manusia.
Rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm
Mohamad Daud Mohamad (1987). Tokoh-tokoh
sastera Melayu klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd
Rashid Md Idris & Abu Hassan Abdul (2010). Falsafah Pendidikan
Bahasa. Tanjong Malim: Emeritus Publications.
Mohd Rashid Md Idris (2012). Teori Falsafah Bahasa (Teori Rashid). Perak:
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Nik Safiah Karim (2010). Tatabahasa
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
No comments:
Post a Comment